Pembangunan Pelajar
Profil Pelajar
07 November 2015 02:14 PM
admin
PERANGKAAN PELAJAR
https://drive.google.com/file/d/0B1U0VvRiGha9X0ZnUG1NNjdrTnc/view?usp=sharing
PENGAMBILAN PELAJAR
18 April 2008 05:12 PM
admin
PENGENALAN BWP Badan Wakil Pelajar (BWP) ditubuhkan sebagai satu badan kebajikan dan kerjasama dalam menjaga kepentingan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ke arah mencapai matlamat dan wawasan pembangunan bangsa dan negara,disamping menjadi titian atau landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyubur bakat kepimpinan serta demokrasi dan kerjasama di kalangan pelajar. MATLAMAT Moto MRSM "Berdisplin,Berilmu dan Beramal" adalah sentiasa dijunjung dan diamalkan oleh setiap pelajar. Setiap pelajar mendapat pimpinan, bimbingan, kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Program/aktiviti BWP telah dirancang dengan rapi untuk memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan.
Matlamat merupakan satu aset yang penting dan bertindak sebagai teras atau jalan supaya semua perancangan yang dijalankan sentiasa berada di landasannya.Antara matlamat BWP ialah :
09 November 2015 05:44 AM
admin
OBJEKTIF
Melahirkan para pelajar yang berkebolehan dan berjaya saing dalam menjana pembangunan sahsiah diri.
Melahirkan pelajar yang dinamik, proaktif, dan cemerlang dalam melestarikan modal insan sejajar dengan matlamat membentuk "Pelajar Pintar Soleh Serba Boleh"
09 November 2015 05:46 AM
admin
OBJEKTIF
Untuk mengadakan satu forum yang membolehkan ibu bapa dan para guru MRSM PDRM bertukar fikiran dan maklumat demi untuk kebaikan pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar di samping memberi perkhidmatan dan kebajikan kepada mereka demi memenuhi kehendak dan keperluan mereka.
05 November 2015 12:16 PM
adminkm
05 November 2015 12:10 PM
adminkm
Keluarga Di MRSM (Homeroom) 'Sekumpulan pelajar-pelajar sebaya yang menjalani hidup bersama dalam suasana persaudaraan dengan seorang guru penasihat yang berfungsi sebagai pembimbing dan penjaga dalam ruang dan waktu yang tidak terbatas'. Dibentuk oleh pihak maktab Terdiri dari pelajar sebaya Ahli berbeza latar belakang dan kawasan berlainan Tidak terhad kepada satu jantina Penasihat dilantik oleh pengetua, Fungsinya Sebuah Unit Keluarga Mempunyai nilai kekeluargaan Penyelesaian masalah dan projek bersama Hubungan intim antara penasihat dan pelajar diwujudkan seperti sebuah organisasi keluarga dalam membimbing dan mendidik, Mengesan Dan Menyelesaikan Masalah. Perhatian lebih teliti dapat diberikan kepada pelajar bermasalah. Tempat di mana pelajar boleh mengadu masalah selain dari ibubapa.
05 November 2015 12:05 PM
adminkm
Warden Asrama Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh tugas mengawal asrama dipikul oleh warden asrama. Diketuai oleh Ketua Warden Ustaz Mohamad Radzi, warden ditugaskan bagi memastikan perjalanan kehidupan harian pelajar-pelajar MRSM Jelis berjalan dengan lancar. Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar dan urusan keluar masuk pelajar.